Bagaimana orang yang beriman itu, boleh jatuh dengan mudah.


Orang yang kuat boleh dilihat dari pelbagai sudut.

Kuat makan.
Kuat tidur.
Kuat bermain.
Kuat melepak.

Kuat yang selalu orang awam maksudkan adalah kuat jasmani.
Ototnya besar.
Ada six-pack.
Badan sasa.
Dan lain-lain.

Namun, ramai yang terlepas pandang akan kekuatan yang paling fundamental.
Iaitu kekuatan rohani dalaman.
a.k.a kekuatan keimanan.

Kerna orang yang imannya kuat, pasti tidak akan mengabaikan kekuatan jasmani.
Namun, kekuatan jasmani yang diusahakan bukanlah disebabkan terlalu obses dan taksub dengan fizikal tubuh badan semata. Ia tidak terlalu melampaui sehingga mengabaikan faktor-faktor yang lain.
Banyak faedahnya pada kehidupan seharian. Bahkan ia juga boleh membantu memapankan lagi usaha dakwah islamiyyah dalam kalangan masyarakat majmuk.

Malangnya, realiti hari ini menyaksikan bahawa ramai yang mempunyai kekuatan fizikal, tidak sebenarnya kuat pada hakikatnya. Kekuatan tubuh badan yang dibina hanya untuk tontonan umum dan kepuasan nafsu semata-mata. Tiada langsung pun kesan yang positif kepada masyarakat sekitar. Bahkan memberi kesan yang negatif pula kepada diri sendiri. Baik dari sudut keduniaan mahupun akhirat.

Contoh biasa kita dengar,

"Harapkan ada six-pack je/badan sasa je,
tapi nak angkat kain selimut untuk bangun solat subuh/ qiamullail pun tak larat"

Ternyata sangat rugi bagi mereka yang hanya kuat pada fizikal semata-mata,
tapi lemah pada iman dan rohani.



Mengapa lemah?
Mengapa iman kita mudah lemah?
Mengapa iman yang telah dibina dengan usaha yang kuat, boleh menjadi lemah dengan mudah?


Secara umum.
Ada beberapa faktor yang negatif.
-Persekitaran masyarakat yang rosak
-Fitnah duniawi yang tidak mampu@sukar untuk disekat.
-Rasa berdosa yang membawa kepada putus asa daripada rahmat Allah.
-Lemah dan rosaknya solat.
-Kurangnya amalan soleh yang berterusan.


Seseorang yang telah berusaha dengan usahanya sendiri untuk menjaga iman, boleh jadi akan mudah tersungkur jika dia tidak kuat menghadapi persekitaran realiti masyarakat.

Orang yang syok sendiri nak jadi baik sorang-sorang tanpa bergaul dan menghiraukan persekitaran masyarakat, pada hakikatnya dia bukanlah baik kerana dia mengabaikan dan tidak mahu membantu masyarakatnya yang sedang tenat.

Bahkan sangat mustahil untuk tidak menghadapi fitnah realiti masyarakat yang rosak sekarang.
Kerana kalaupun dia di dalam bilik sorang-sorang, fitnah itu masih boleh datang melalui skrin layar handphone dan laptopnya melalui jaringan internet yang meluas.



Selain itu, rata-rata dalam kalangan kita hari ini biasa menyebut,

"Aku banyak dosa la... tak macam kau "
"Aku ni sangat berdosa "

Ya. Memang benar. Namun tidak manis jika keaiban itu diberitahu kepada awam.
Kerana Allah SWT telah pun menutup keaiban itu untuk menjaga maruah dan kehormatan kita.

Tidak salah merasa berdosa untuk mendatangkan rasa keinsafan dan penyesalan. Lalu bertaubat.

Yang salah adalah bila dia berputus asa daripada rahmat keampunan Allah yang luas, sehinggakan seolah-olah mereka merelakan diri mereka mendapat azab Allah SWT. Na'uzubillahi min zaalik.

Kisah pembunuh 99 orang yang tidak berputus daripada rahmat keampunan Allah SWT, sangat wajar untuk diamati dan diteladani.



Seterusnya, solat yang rosak adalah faktor utama seseorang yang beriman itu mudah terjatuh.
Ya, dia solat. Bukan tak solat.

Tapi solatnya seperti debu-debu yang bereterbangan.
Tiada roh dan zuq yang dirasai ketika berhubung dengan Ilahi ketika melaksanakan solat.

Bukankah Allah berfirman dalam surah al-'Ankabut ayat 45,

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.



Comments

Popular Posts

Blog List