Lemahnya Solat, Lemahlah Iman


Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat.Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [al-'Ankabut, 45 ]

Solat, tiang agama.

Struktur tiang yang kukuh itu terdiri daripada beberapa unsur yang kuat.
Antaranya, pasir, tanah, batu, simen, air, besi dan lain lain.
Jika cacat salah satu unsur, maka tiang itu tidak akan kukuh dan kemungkinan boleh menyebabkan struktur sebuah bangunan itu akan runtuh.

Begitulah solat.
Ia terdiri daripada pelbagai unsur yang penting.
Solat yang dimaksudkan di dalam ayat 45 surah al-'Ankabut adalah solat yang kukuh dan sempurna. Disebabkan itulah ia mampu untuk melawan dan mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar.

Persoalan kenapa iman lemah ?
Kenapa selalu mengulangi dosa ?
Kenapa susah nak buat amal soleh ?
Semuanya kembali kepada bagaiman solat anda ?

Manusia hari ini, khususnya masyarakat melayu, tidak betul-betul menghayati istilah yang asalnya daripada bahasa arab atau bahasa inggeris.
Hanya tahu memelayukan bahasa orang lain, tetapi mengabaikan maksud sebenar istilah tersebut.

SOLAT.
Apakah maksud solat dalam bahasa arab ?

Kalau orang ajak,
"Jom solat !"
adakah kita rasa sesuatu, atau tak rasa apa apa.

Dari segi bahasa, solat bermaksud doa.
Setiap rukun dalam solat, mempunyai bacaan doanya yang tersendiri.

Hatta Surah al-Fatihah pun penuh dengan doa.
Setiap bacaan doa tersebut, jika dihayati dan ditadabbur, sangat mendalam dan besar pengaruhnya untuk membantu khusyu' dalam solat.

Rosaknya solat seseorang hari ini, adalah kerana tiada khusyu' dalam solat.
Solanya sekadar pergerakan tubuh badan semata.
Hanya lidah yang bergerak.
Namun, hati dan aqal fikiran melayang entah kemana.

Faktor lain yang merosakkan solat, boleh jadi disebabkan oleh faktor kesucian dan kebersihan.
Baju yang kotor. Seluar yang dicemari najis terutama sekali selepas membuang air kecil.

Perkara yang utama untuk mencapai solat yang khusyu' dan sempurna adalah ilmu yang disertai dengan amalan.
Orang yang solat kerana ikut ikutan tanpa mengetahui hukum tajwid bacaan surah al-Fatihah, serta hukum-hukum asas berkaitan solat adalah satu masalah yang sangat kritikal.


*        *        *        *        *

Solat itu, sangat besar peranannya untuk mencegah kejahatan.
Ia adalah bateri kehidupan.
Ia adalah kunci ketenangan.
Ia memperelokkan hubungan dengan Tuhan.
Hatta, ketika kita dalam keadaan marah, Ulama menyarankan untuk melakukan solat sunat setelah berwudhu'.

Maka istiqomahlah melakukan solat dengan terbaik dan sempurna mengikut kemampuan kita.
Solat di awal waktu...
di Masjid...
dan berjema'ah.

Ibarat watak Naruto dengan rasengannya melawan watak jahat, Sasuke dengan chidorinya atau Kame-Kameha Goku, jika kuasa mereka lemah dan tidak kuat, maka kuasa lawan akan memusnahkan mereka.







Begitulah analogi kuasa solat. Ia mestilah kuat untuk melawan kuasa jahat syaitan dan nafsu.
Sekali kita meremehkan solat atau tidak menitikberatkan faktor-faktor solat yang khusyu' dan sempurna, maka terbukalah peluang yang besar bagi syaitan untuk merosakkan iman anak-anak adam dalam misinya untuk mengajak generasi Nabi Adam bersamanya ke dalam neraka.
Na'uzubillahi min zaalik.

Comments

Popular Posts

Blog List