Kitaran Dosa




Selalu orang umpamakan seperti roda.

Terkadang di atas, terkadang di bawah.

Begitulah hidup seorang pendosa.

Siangnya beribadah, malamnya bemaksiat. Na'uzubillahi min zaalik.

Dosa itu berkitar dan berputar seperti roda.

Ia berselang seli dan bertukar shift dengan amal soleh.

Persoalannya,
Beginikah yang kita nak Allah SWT lihat pada kita?


*        *        *        *


Kita tahu yang Rahmat Allah itu tersangatlah luas,
namun, adakah kita sedar dan gentar akan betapa dasyatnya azab Allah ?

Allah itu arRahiim dan arRahman,
Allah juga punya sifat al Jabbar.

Adakah Allah zalim terhadap hamba hambaNya yang diazab dan diseksa?
Tidak !

Analogi yang mudah,
persoalan yang sama.

Adakah seorang ayah itu dikira zalim kerana merotan anaknya yang tidak solat atau nakal?
Adakah seorang ibu itu dikira zalim kerana memarahi anaknya yang degil?

Seperti bait lirik lagu yang masyhur,
" marah bukan kebencian, tapi tanda sayang "

Ya.
Allah sayang hamba-hambanya.
Dia tidak mahu hamba-hambaNya tergelincir ke lembah kerosakan.
Lalu, ditetapkan suatu hukum dan batasan supaya manusia tidak melampaui batas mengikut kehendak hawa nafsu.
Kerana dengan mengikuti hawa nafsu itu, hanya akan merosakkan manusia itu sendiri, baik dari segi luaran, dalaman rohani dan juga aqal fikiran.

Allah,  Dialah yang mencipta,
maka Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan apa yang tidak baik serta merosakkan asal fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Siapa kita untuk tidak menuruti kehendak dan perintah Allah yang menciptakan kita?


*        *        *        *


Ada orang menggunakan alasan bahawa diri mereka lemah.
Disebabkan diri mereka lemah, maka mereka berulang kali melakukan kitaran dosa.
Taubat dan dosa bergilir-gilir bertukar tempat.

Dibimbangi, kalau kejadian ini berulang dan berterusan,
siapakah yang dapat menjamin bahawa saat kematian nanti adalah giliran taubat atau giliran dosa?
Mana tahu kitaran tersebut akan berakhir dengan dosa.

Nah.
Pokoknya kita tidak tahu pengakhiran roda itu.

Jadi, adakah kita redha dengan roda dan kitaran dosa tersebut?

"
 ...........Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.       "

(Riwayat al-Bukhari no. 3208 dan Muslim no. 2643(1))



*        *        *        *

Lalu bagaimana?

1. Usaha
Berusaha memperbanyakkan amal soleh.
Kerana dosa itu datang dari syaitan yang tidak pernah kenal penat lelah dan putus asa.

Dari zaman Adam, usaha si syaitan ini tidak pernah terhenti.
Maka tidak hairanlah, generasi Nabi Adam kini mudah tewas,
kerana mereka tidak berusaha dan cepat berputus asa.
Bahkan syaitan itu lagi hebat dari sudut usahanya.

Godaan syaitan nafsu itu ibarat arus sungai yang deras,
jika kita berhenti berenang, maka sudah tentu akan hanyut dan lemas.

In Sya Allah, dengan memperbanyakkan amal soleh seperti baca Quran, Solat Malam, Sedeqah, Solat Berjemaah di masjid, zikrullah dan lain-lain, akan menjadi benteng daripada dosa dan maksiat.

2.Sabar.
Sabar ketika melakukan amalan ketaatan.
Dan sabar ketika melawan hasutan kehendak nafsu dan syaitan.

3.Doa.
Berdoa dan mohon kekuatan daripada Allah SWT supaya sentiasa berada dalam ketaatan dan keimanan.


Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berdoa:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
“Wahai Robb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda:
‎اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Allahumma mushorrifal quluub shorrif quluubana ‘ala tho’atik.”
[Ya Allah yang memalingkan (membolak-balikkan) hati manusia, palingkanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu]
[HR. Muslim (no. 2654)]


Comments

Popular Posts

Blog List