Pendosa yang berjaya



Aku seorang pendosa.

Kau.

Dia.

Mereka.

Ya.

Kita semua Pendosa.

Kerna kita bukan persis Baginda SAW yang terpelihara daripada melakukan dosa.

Melakukan dosa adalah normal bagi kita manusia yang lemah.

Yang penting, terus bertaubat setelah datang keinsafan dan penyesalan.

Berusaha untuk menjauhi dan tidak terjerumus kembali kepada dosa yang berlalu.

Inilah sifat seorang pendosa yang berjaya.

Dia insaf, menyesal dan berazam untuk tidak mengulangi dosa itu.

Dan yang lebih baik, kalau dia memberi amaran dan melarang rakan sekelilingnya daripada terjerumus ke kancah dosa seperti dia yang dulu.

Biarlah dia sahaja yang merasai keperitan daripada dosa itu.

Dia tidak mahu saudara saudaramya juga terpalit seperti dia.

Maka benarlah sabda Baginda SAW,


Dari Anas Radhiyallahu Anhu berkata: Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Setiap Anak keturunan Adam (Manusia) pasti memiliki kesalahan / dosa, dan sebaik-baik orang yang bersalah yaitu bertaubat.”






Comments

Popular Posts

Blog List